Assalamualaikum.
Pagi ni terbaca status FB sahabatku yang telah kehilangan anaknya yang berusia 9bulan.
Betapa pedihnya Ya Allah, membaca luahan hati dia.
Kalau la aku, Ya Allah tak kuat sangat. Tak kuat.
Tak kuat untuk kehilangan permata hati, penawar duka keluarga kecik kami, Habib Umar. How can we survive without you Habib? Ibu cant imagine. Ibu mungkin gila rasanya. Nauzubillah. Habib please dont leave me. Setiap malam bisik kat Habib, jangan tinggal ibu ok, kita p sama-sama ye.
T_T
Ibu love you sayang, dunia akhirat.
Untuk Habib Umar, anak sulungku. Semoga menjadi anak soleh, sayang. Anak yang akan mengimamkan solat kita sekeluarga, anak yang memandikan dan mengimamkan solat jenazah ibu dan ayah, anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu ayah.
Buat sahabatku.
Bertabahlah sahabat. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu kerana ini ujian ini diberikan pada kamu. Aku tau, buat masa sekarang memang payah untuk menelan semua ini. Apatah lagi, anak yang baru nak tunjuk banyak keletahnya, buat kita rindu setiap masa. Tetapi percayalah, Allah tahap kemampuan setiap hambanya. Bukan saja-saya Dia mahu menguji kita. Percaya pada Allah, Allah tahu yang terbaik. Kita semua juga akan kembali padaNya, cuma masa dan waktu kita tak tahu.
Padamu Allah.
Kau panjangkan umurku,suamiku dan anak-anakku, supaya kami dapat menjadi sebuah keluarga soleh dan solehah dalam beribadah kepadamu. Kurniakan kami rezeki untuk bersama sehingga ke syurga. Janganlah Kau pisahkan kami dalam apa jua keadaan. Ku berharap agar hidup dan mati kami tetap bersama kerana kami, tidak mampu Ya Allah untuk hidup tanpa salah seorang daripada kami. Berkatilah keluarga kami, pandu kami ke arah jalan Mu Ya Allah. Amin.
Habib Umar, hadiah terindah dan teragung dari Allah. Nikmat Allah yang tak mampu ku dustakan. Alhamdullilah Ya Allah kerana mengurniakan ku anak soleh ini serta suami yang memahami.
I love you both!